awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, Siphandone saksikan pemeteraian MoC, MoU syarikat Malaysia, Laos

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2023
09:10 MYT
PM Anwar, Siphandone saksikan pemeteraian MoC, MoU syarikat Malaysia, Laos
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyaksikan beberapa pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC), Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) di Laos pada Selasa. - Foto FB Anwar Ibrahim
VIENTIANE: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyaksikan beberapa pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC), Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) di Laos pada Selasa.
Dalam lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke negara itu, Anwar dan Siphandone menyaksikan MoC antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE).
Kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan MoC termeterai antara Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Pelabuhan Kering (TDP) dan pertukaran MoU antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Electricite du Lao (EDL).
Menerusi perkongsian di Facebook beliau, PM Anwar memaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyatakan hasrat bekerjasama dengan pihak EDL menerusi surat niat (LoI) yang telah diserahkan semasa majlis itu.
Beliau mengharapkan kerjasama yang dimeterai itu akan mengukuhkan lagi pelaburan Malaysia di Laos dan memberi faedah kepada pembangunan sosio-ekonomi kedua-dua negara.
Dalam perkongsian sebelum itu, Perdana Menteri berkongsikan intipati kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.
Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud dan delegasi lain.
Usai sambutan rasmi oleh Kerajaan Laos, delegasi kemudiannya meneruskan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri berkata, mereka juga berkesempatan membincangkan peluang kerjasama baharu sekali gus mampu membawa kebaikan bersama buat Malaysia dan Laos.
Kedua-dua Perdana Menteri turut menyentuh isu-isu serantau dan ASEAN yang menjadi kepentingan bersama.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#laos
#lawatan rasmi
#Zambry Abd Kadir
#Sonexay Siphandone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan