awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
Ejen pinjaman didakwa tipu dalam urusan pinjaman RM1 juta
Bersatu rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar solat Jumaat, beramah mesra dengan penduduk Kampung Baru

Fareez Azman
Fareez Azman
09/12/2022
09:50 MYT
PM Anwar solat Jumaat, beramah mesra dengan penduduk Kampung Baru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati makan tengah hari dan solat Jumaat bersama penduduk di Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati makan tengah hari dan solat Jumaat bersama penduduk di Kampung Baru di ibu negara hari ini.
Ia merupakan penampilan pertama beliau di Kampung Baru selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesepuluh pada 24 November lalu.
Anwar sebelum itu tiba kira-kira jam 12.45 tengah hari diiringi Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau kemudiannya meluangkan masa kira-kira 15 minit menikmati makan tengah hari bersama penduduk di kedai An Nur Tomyam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaminkan doa yang dipimpin Imam Azizi Ab Hamid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaminkan doa yang dipimpin Imam Azizi Ab Hamid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini. - Foto Bernama
Ketika makan, ternyata ratusan penduduk tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama pemimpin nombor satu negara itu.
Selesai makan tengah hari, Anwar kemudiannya bergerak ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat bersama ribuan jemaah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Solat Jumaat
#Makan tengahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan