MALAYSIA
PM Anwar solat Jumaat di Presint 5 sebelum sampaikan amanat di MAPPA XX

Anwar hadir untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Muttaqin 5R6 hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Muttaqin 5R6 di Presint 5 di sini sebelum menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 (MAPPA XX).
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Muttaqin, Presint 5 sebelum menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 (MAPPA XX).
- Amanat beliau dijangka menyentuh aspirasi negara, peranan penjawat awam dan pengumuman berkaitan perkhidmatan awam.
- MAPPA XX bertemakan "Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan" menjadi platform untuk penjawat awam memahami dan menghayati nilai Malaysia MADANI.
Perdana Menteri selepas itu dijadualkan menyampaikan amanat penting kepada penjawat awam pada acara kemuncak MAPPA XX pada 3.30 petang ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau dijangka bakal berkongsi aspirasi yang ingin dicapai negara, peranan dimainkan penjawat awam serta mengumumkan beberapa perkara yang melibatkan perkhidmatan awam.
Ketua Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Dr Saharah Sapiyi dilaporkan berkata MAPPA XX yang bertemakan "Perkhidmatan Awam MADANI Teras Kecemerlangan" itu bukan sekadar platform warga perkhidmatan mendengar aspirasi kepimpinan negara, malah juga sebagai ruang menilai dan menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami