awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan

Bernama
Bernama
09/07/2024
12:15 MYT
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov (kiri) di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov yang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan yang diadakan di pejabat Anwar di bangunan Parlimen itu bagi membincangkan tindakan susulan daripada lawatan Perdana Menteri ke Uzbekistan pada Mei lepas, termasuk keperluan untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.
"Semasa pertemuan itu, Perdana Menteri dan Menteri Luar Saidov turut membincangkan keperluan bagi mengukuhkan kerjasama dua hala, terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi, industri minyak dan gas, sektor kesihatan, industri pelancongan, industri halal, serta kerjasama pelbagai hala antara ASEAN dan Uzbekistan," katanya.
Anwar turut mengulangi jemputan kepada Presiden Shavkat Mirziyoyev untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kunjungan hormat
#Menteri Luar Uzbekistan
#Bakhtiyor Saidov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan