awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi, China

Bernama
Bernama
06/04/2023
16:03 MYT
PM Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi, China
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning dan delegasi di Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning dan delegasi di Putrajaya.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata pada pertemuan tersebut, pencapaian perkongsian sinergi di bawah inisiatif 'Dua Negara, Taman Berkembar' dalam menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana aktiviti hiliran kepada komuniti perniagaan tempatan adalah antara yang dibincangkan.
"Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada program lawatan rasmi TYT Liu Ning ke Malaysia bagi meraikan sedekad pencapaian hubungan usaha sama dalam pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP).
"Kedua-dua taman perindustrian ini telah dibangunkan berlandaskan konsep 'Dua Negara, Taman Berkembar', di mana MCKIP merupakan taman perindustrian pertama yang dibangunkan secara bersama di luar negara oleh China," katanya.
Di samping itu, katanya, bidang strategik lain termasuk industri hijau, perdagangan barangan halal dan minyak sawit yang akan memberikan faedah kepada kedua-dua negara.
"TYT Liu Ning turut menjemput syarikat Malaysia untuk melabur di CMQIP bagi mengakses pasaran China menerusi taman perindustrian tersebut.
"Kerajaan Wilayah Guangxi juga menawarkan pelbagai insentif untuk menarik pelaburan dari syarikat Malaysia dalam sektor yang berpotensi tinggi," katanya.
Untuk rekod, MCKIP mencatakan pelaburan terkumpul bernilai RM30.1 bilion untuk 19 projek dan mewujudkan lebih 17,000 peluang pekerjaan sepanjang dekad yang lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kunjungan hormat
#Setiausaha Jawatankuasa Guangxi
#Liu Ning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan