BERLIN: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, hari ini, bagi lawatan rasmi lima hari beliau ke Jerman.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin pada pukul 10.29 malam waktu tempatan (5.29 pagi Malaysia).
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan disambut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin dan wakil kerajaan Jerman.
Lawatan Anwar ke Jerman turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Jadual padat menanti Perdana Menteri termasuk Upacara Sambutan Rasmi oleh Canselor Persekutuan Jerman, Olaf Scholz, diikuti sidang media bersama selepas pertemuan mata kedua-dua pemimpin.
Kunjungan ke Jerman merupakan lawatan balas kepada Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier yang melawat Malaysia pada Februari tahun lalu.
Anwar juga dijadualkan bertemu dengan kapten-kapten industri di Berlin dan Hamburg dalam beberapa siri Mesyuarat Meja Bulat yang akan turut disertai oleh pelabur-pelabur berpotensi seperti Nexperia, Schott AG, Infenion, Melexis dan Airbus.
Sebelum berangkat pulang ke tanah air pada 15 Mac ini, Perdana Menteri dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101 di Hamburg.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pelaburan dua hala Malaysia-Jerman setakat Januari 2024 meningkat sebanyak 14.8 peratus kepada RM5.59 bilion.
Irfan Faruqi
Sun Mar 10 2024
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin pada pukul 10.29 malam waktu tempatan (5.29 pagi Malaysia).Hadir menyambut Anwar di lapangan terbang ialah Mohamad. - Gambar Pejabat Perdana Menteri
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Korban banjir lahar dingin ragut meningkat kepada 67 mangsa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 67 individu setakat Rabu, dengan 989 keluarga terjejas akibat bencana tersebut.
PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri sampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
Taklimat pembangunan Kelantan dapat maklum balas positif kerajaan Persekutuan - MB
Kata Menteri Besar Kelantan, hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat amat baik ibarat "ayah" dan "anak."
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Jumlah tersebut merupakan pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.