awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi

Bernama
Bernama
21/06/2024
08:42 MYT
PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mengucapkan terima kasih atas dedikasi Jokowi dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mengucapkan terima kasih atas dedikasi Jokowi dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.
"Selamat Harlah kepada Presiden Joko Widodo. Terima kasih atas dedikasi Bapak dalam memperkukuh hubungan antara negara kita. Semoga Indonesia terus maju dan sukses," katanya.
Sementara itu di Jakarta, Timbalan Bidang Protokol, Akhbar dan Media Sekretariat Presiden Yusuf Permana memberitahu media Jokowi bekerja seperti biasa di Istana Presiden pada Jumaat.
Presiden ke-7 republik itu dilahirkan di Surakarta, Jawa Tengah pada 21 Jun 1961.
Sejumlah menteri turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada beliau melalui hantaran di media sosial termasuk Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto.
Prabowo yang juga Presiden Terpilih menulis: "Semoga selalu dalam lindungan Allah SWT, sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menjalankan pengabdian kepada negara dan rakyat Indonesia. Selamat ulang tahun Bapak Presiden @jokowi."
Sementara itu Jokowi dalam akaun rasmi media sosialnya membalas ucapan Anwar dan menzahirkan ucapan terima kasih.
"Terima kasih banyak kepada Perdana Menteri Malaysia Bapak Anwar Ibrahim atas ucapannya, doa terbaik untuk kesihatan dan kesuksesan Bapak.
"Semoga hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia selalu terbangun dan semakin maju. Salam saya untuk Rakyat Malaysia, saudara satu rumpun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Joko Widodo
#Anwar ucap selamat hari jadi pada Jokowi
#Presiden Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan