awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India

Bernama
Bernama
05/06/2024
09:38 MYT
PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India
Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi atas kemenangan berturut-turut bagi penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum negara itu.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi atas kemenangan berturut-turut bagi penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum negara itu.
  • Anwar menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Modi bagi mengukuhkan hubungan dua negara.
  • Pengisytiharan kemenangan pilihan raya oleh Modi mencatat sejarah kerana beliau menjadi Perdana Menteri India pertama dalam tempoh 60 tahun yang mencapai kejayaan ini.

Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.
"Perdana Menteri Modi telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan membawa manfaat kepada wilayah berkenaan," kata Anwar.
Beliau juga menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Modi bagi mengukuhkan hubungan dua negara.
"Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempateri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India," katanya.
Pengisytiharan kemenangan pilihan raya oleh Modi itu mencatat sejarah kerana beliau menjadi Perdana Menteri India pertama dalam tempoh 60 tahun yang mencapai kejayaan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pilihan raya umum
#India
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan