awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Noh

Bernama
Bernama
01/09/2023
13:37 MYT
PM Anwar ucap takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Noh
Menerusi catatan di Facebook hari ini Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen serta dedikasi Allahyarham buat rakyat dan negara. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Muhammad Noh Muhammad Isa yang meninggal dunia semalam ketika bertugas.
Menerusi catatan di Facebook hari ini Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen serta dedikasi Allahyarham buat rakyat dan negara.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Allahyarham adalah ketua kontinjen RELA Negeri Sembilan dan dilapor rebah dipercayai akibat serangan jantung semasa melintasi pentas utama di Dataran Majlis Bandaraya Seremban sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan pada Khamis.
Muhammad Noh, 53, yang dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#serangan jantung
#Facebook
#anggota Rela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan