GERIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menambah baik laluan Lebuhraya Timur Barat di Gerik-Jeli, dekat sini.
Katanya peruntukan itu menjadikan jumlah peruntukan yang disalurkan kerajaan bernilai RM75.676 juta bagi projek menaik taraf jalan yang menghubungkan antara Perak dan Kelantan.
“Jadi, hari ini untuk jalan-jalan ini, walaupun permintaan (kos keseluruhan yang diperlukan) itu banyak, tidak mengapa.... nanti saya akan kaji dalam Belanjawan Madani yang kedua pada Oktober. Akan tetapi, hari ni saya boleh lulus tambahan (peruntukan) RM30 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Jeti Awam Pulau Banding, dekat sini, pada Khamis.
Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Setakat Jun, sebanyak RM44.728 juta telah diperuntukkan kerajaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan turapan berkala setakat Jun. Bakinya iaitu RM948,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang bukan melibatkan turapan jalan.
Media sebelum ini melaporkan, penggantian struktur laluan Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak-Jeli, Kelantan bernilai RM80 juta antara perkara yang dibincangkan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan sumbangan sagu hati RM1,000 kepada setiap 87 keluarga bekas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dalam pembinaan laluan itu dahulu, termasuk tiga yang terkorban tahun 1974.
Katanya insentif itu bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan kesemua bekas kakitangan JKR terbabit dalam menyiapkan laluan sepanjang 123 kilometer (km) itu.
“Saya cari peruntukan bagi mengenang jasa mereka ini atas kerja-kerja dan khidmat mereka selama ini. Jadi saya luluskan sagu hati kepada tiap-tiap keluarga bernilai RM1,000,” katanya lagi.
Sementara itu, Alexander berkata kerja-kerja menaik taraf laluan berkenaan dijangka siap selewat-lewatnya tahun hadapan.
Lebuhraya Timur Barat mula dibina ada tahun 1967 dan dibuka pada secara rasmi pada 1 Julai 1982.
Projek menelan belanja RM205 juta itu dibangunkan bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia, selain menjadi salah satu usaha kerajaan melumpuhkan pergerakan pengganas komunis.
Pada 27 Ogos 1974 ketika para pekerja sedang melakukan tugas pembinaan, mereka telah diserang oleh pengganas komunis sehingga mengorbankan tiga nyawa pekerja JKR.
Amirrul Rabbani
Thu Aug 24 2023
Anwar melihat persembahan masyarakat Orang Asli pada majlis pelancaran Kempen MyJalan anjuran Kementerian Kerja Raya di Jeti Awam Pulau Banding hari ini. - Gambar/ Bernama
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.