KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.
Pesawat khas yang membawa Rutte dan delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di sini pada 3.35 petang.
Ketibaan Rutte disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Amirul Akmal Osman.
Rutte dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, dan kedua-dua pemimpin akan menilai semula kemajuan hubungan dua hala terutama kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertukaran budaya, minyak sawit, pertanian, komoditi pertanian dan isu Islamofobia.
Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pemimpin itu juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.
Rutte juga akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi dan terlibat dalam acara simbolik penanaman pokok sawit yang melambangkan kerjasama erat kedua-dua negara dalam sektor minyak sawit.
Selain itu, Rutte juga dijadual menyampaikan ucaptama dan menyertai sesi dialog bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad pada program Dialog Air Malaysia-Belanda keenam dalam usaha menangani pelbagai isu berkaitan air.
Ini merupakan lawatan Rutte kedua ke Malaysia selepas kali terakhir melawat negara ini pada tahun 2014.
Pada tahun 2022, Belanda merupakan rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan sebanyak RM48.04 billion (US$10.93 bilion) peningkatan sebanyak 33.4 peratus berbanding RM36.01 billion (US$8.68 bilion) pada 2021.
Belanda juga merupakan pengimport minyak sawit Malaysia yang terbesar dalam kalangan negara-negara EU dengan kuantiti sebanyak 732,324.54 tan.
Lawatan kerja itu adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Belanda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia. - Foto Bernama
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
PM Belanda Mark Rutte tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di Kuala hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.
COVID-19: Kes baharu di Belanda melonjak lima kali ganda selepas kelonggaran sekatan
Salah satu punca peningkatan kes datangnya dari pembukaan semula premis sosial seperti pusat hiburan dan kelab malam.
Belanda mulakan program vaksinasi pertama
Langkah suntikan vaksinasi sulung negara tersebut bermula melibatkan staf rumah jagaan dan petugas barisan hadapan hospital.
PM Belanda tiba untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba untuk lawatan rasmi di Malaysia bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan pesawat MH17.