awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hadir program gotong-royong di Hulu Langat, dengar sendiri keluhan mangsa banjir

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
26/12/2021
03:01 MYT
PM hadir program gotong-royong di Hulu Langat, dengar sendiri keluhan mangsa banjir
Ismail Sabri mendengar keluhan mangsa banjir di sekitar daerah Hulu Langat pada program Gotong Royong Keluarga Malaysia. -Astro AWANI
HULU LANGAT: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada program Gotong Royong Keluarga Malaysia di sekitar daerah Hulu Langat bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir di sini.
Pada program yang berlangsung pagi tadi, perdana menteri sempat bertanya khabar dan mendengar keluhan penduduk di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua serta bebanan ditanggung mereka akibat bencana yang melanda.
Selain mangsa banjir, perdana menteri turut melihat dan mendekati sebahagian sukarelawan yang bertungkus lumus membersihkan rumah mangsa banjir.
Sementara itu, bagi penduduk di sini, inilah masanya untuk mereka mengadu nasib selepas terpaksa menanggung beban akibat kerosakan harta benda milik mereka.
Rata-rata mereka meluahkan rasa terkilan atas 'kelemahan' dalam proses menangani situasi banjir ketika bencana itu berlaku.
Bagi Mahadzir Idris, 64, yang tinggal lebih 30 tahun di sini, dia terpaksa menyelamatkan diri ketika banjir mulai melanda tanpa sebarang bantuan daripada agensi berwajib.
"Kalau nak ikutkan semasa kejadian itu berlaku, memang tiada satupun agensi berkaitan yang masuk selamatkan kami yang terpaksa menumpang bumbung rumah kedai sebelah.
"Sampailah air surut baru nampak kelibat mereka pada hari kedua.
"Saya cuma nampak anggota Pertahanan Awam yang masuk ketika itu, namun tiada apa yang mereka boleh lakukan ketika saya menjerit memanggil mereka," jelasnya.
Hulu Langat merupakan antara daerah paling teruk terjejas di Selangor apabila bencana banjir melanda negara minggu lalu yang turut menyaksikan beberapa negeri lain ditenggelami air dan lumpur.
Topic Berkaitan
#banjir
#ismail sabri yaakob
#Taman Sri Nanding
#Mahadzir Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan