awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hubungi Ismail Haniyeh ucap takziah, nyatakan solidariti Malaysia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/04/2024
11:42 MYT
PM hubungi Ismail Haniyeh ucap takziah, nyatakan solidariti Malaysia
Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin paling kanan Hamas, Ismail Haniyeh pada petang Khamis bagi mengucap takziah atas kehilangan tiga anak dan empat cucunya dalam serangan udara Israel, pada hari pertama Syawal.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi pemimpin paling kanan Hamas, Ismail Haniyeh pada petang Khamis bagi mengucap takziah atas kehilangan tiga anak dan empat cucunya dalam serangan udara Israel, pada hari pertama Syawal.
Perdana Menteri memberitahu, beliau mewakili seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dan semangat kebersamaan yang tinggi bersama keluarga Ismael serta seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan keluarga tersayang beliau.
"Kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa, terutamanya kanak-kanak dalam suasana cukup tragik ini adalah amat sukar diterima oleh mana-mana manusia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Justeru Perdana Menteri memberitahu, Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim biadab Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid kebencian ke atas warga Palestin.
"Serangan jijik rejim Zionis itu membuktikan mereka tidak berhasrat untuk melakukan gencatan senjata seperti yang telah dituntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tempoh hari dan tidak tunduk dan patuh kepada prinsip hukum dan undang-undang antarabangsa.
"Serangan kurang ajar oleh rejim pengecut zionis Israel ini hanya melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian secara aman dengan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia terus diinjak tanpa noktah," ujarnya.
Justeru katanya, Malaysia sekali lagi mendesak keras komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas dan mempertanggungjawabkan rejim zionis Israel atas kezaliman itu dan mesti bekerja untuk menjelmakan keamanan buat rakyat Palestin yang telah secara konsisten dinafikan sejak 75 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#gencatan senjata
#rejim Zionis
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan