awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM India, Narendra Modi tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2026
09:56 MYT
PM India, Narendra Modi tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari
Anwar menyambut ketibaan Modi di KLIA. - Gambar/ Bernama
SEPANG: Perdana Menteri India, Narenda Modi tiba di Malaysia pada Sabtu bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari.
Pesawat yang membawa Modi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 4.40 petang.
Ketibaan Modi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra memaklumkan lawatan itu merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.
Lawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.
Ia juga berteraskan asas persahabatan yang kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957 dan peningkatan hubungan dua hala yang dinaik taraf ke tahap perkongsian strategik komprehensif pada Ogos 2024.
Selain itu, Modi akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Ahad, diikuti mesyuarat dua hala bersama anwar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-India serta mempelopori peluang kerjasama antara Kuala Lumpur-Delhi.
Selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) dalam pebagai bidang dan Memorandum Kerjasama (MOC) dalam bidang tenaga kerja.
Kedua-dua pemimpin itu turut dijadual menyaksikan Pertukaran Nota (EoN) dalam bidang semikonduktor, kesihatan, keselamatan negara dan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain Pertukaran Surat (EoL) mengenai kerjasama pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta penyerahan Perjanjian Rangka Kerja International Big Cats Alliance (IBCA).
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#Anwar Ibrahim
#India
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan