TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus menunjukkan sikap angkuh apabila mengugut pemimpin Arab supaya tidak masuk campur dalam menyuarakan isu konflik Palestin-Israel.
Menurut Netanyahu, kepentingan negara Arab akan terus dipelihara jika mereka mengambil pendekatan berdiam diri.
“Kepada pemimpin negara Arab yang bimbang dengan masa depan negara anda, saya hanya mahu katakan sesuatu kepada anda.
“Berdiam diri atau keluar menentang Hamas. Saya yakin ramai pemimpin Arab memahami perkara ini,” katanya dalam ucapan berbahasa Ibrani yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Tambah Netanyahu: “Serangan di Gaza sedang dipertingkatkan dan ia hanya mempunyai satu matlamat iaitu menang. Tiada alternatif selain kemenangan.”
Pemimpin Zionis itu turut menegaskan kononnya operasi ketenteraan yang kini telah meragut nyawa lebih 11,000 penduduk Gaza kebanyakannya kanak-kanak, adalah mengikut undang-undang antarabangsa.
“Tentera kami sedang melakukan tugas yang baik bagi meminimumkan kematian orang awam,” katanya.
Netanyahu berkata, dunia tidak sepatutnya mengecam Israel.
Dalam pada itu, Netanyahu turut memberi amaran kepada kumpulan Hizbullah agar tidak melakukan kesilapan bagi mengelak Lubnan mengalami malapetaka seperti apa yang berlaku di Gaza.
Beliau mengeluarkan peringatan itu sebagai maklum balas kepada kenyataan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang menegaskan bahawa serangannya terhadap Israel sebagai sokongan tambahan kepada pejuang Hamas.
Pada Sabtu lalu, Hizbullah yang disokong Iran telah menggunakan peluru berpandu jarak pendek, Burkan buat pertama kalinya.
Lazimnya, Hizbullah menggunakan serangan dron di sempadan Lubnan untuk menyerang utara Israel setiap hari.
“Saya beri amaran kepada Hizbullah. Jangan tersilap langkah dan masuk campur dalam perang kerana ini akan menjadi kesilapan besar dalam hidup kamu.
“Penglibatan kamu ke dalam perang akan menentukan nasib Lubnan,” kata Netanyahu.
Netanyahu mengeluarkan kenyataan itu ketika tekanan masyarakat global terhadap Israel semakin meningkat.
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad misalnya menyertai masyarakat dunia mendesak supaya dihentikan serta-merta perang dan segera membentuk koridor bantuan kemanusiaan di Gaza.
“EU amat bimbang mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan blok itu.
Kesatuan itu turut menyeru agar akses bantuan kemanusiaan tidak disekat dan menyediakan laluan yang selamat bagi membolehkan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Berhubung serangan terhadap hospital di Gaza, EU menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menetapkan bahawa hospital, bekalan perubatan dan orang awam di dalam hospital mesti dilindungi. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Netanyahu bergambar dengan anggota IDF di markas tentera Israel di Tze'elim sebelum operasi serangan darat di Gaza. - Agensi/Sinar Harian
Jenazah Tan Sri Musa selamat dikebumikan
Jenazah Musa dikebumikan pada 10.40 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.
Sepanyol lanyak habis Ireland Utara
Sepanyol menang 5-1 ke atas Ireland Utara di Palma de Mallorca ketika pemain tengah Pedri menjaringkan dua gol dalam aksi pemanas badan terakhir La Roja sebelum Euro 2024.
Cristiano Ronaldo nadi utama Portugal - Mancini
"Tidak ada pemain yang mampu menandinginya ketika ini."
Op Samseng Jalanan: 121 penunggang kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat risikan dan aduan awam.
Hentikan pengusiran, pemusnahan Bajau laut - CENTHRA
Kerajaan turut digesa menghormati dan melindungi hak Bajau Laut.
TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji
Tabung Haji akan beri komitmen penuh kepada PDRM yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk tangani isu jemaah haji terkandas.
Fadhlina ucap takziah guru maut kemalangan bas bawa rombongan
Fadhlina Sidek merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Allahyarham Hasnatul Adila Hasan dan pemandu yang meninggal dunia.
KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas langgar 'backhoe'
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.
AWANI Ringkas: Krisis air Pulau Pinang | Huzz dalam kenangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Netanyahu nekad selamatkan lebih ramai tebusan
Netanyahu nekad akan membawa balik semua baki 120 tebusan yang masih dalam kawalan Hamas.
Senator AS Bernie Sanders tidak akan hadir ucapan Netanyahu di Kongres
Senator Amerika Syarikat Bernie Sanders mengulangi bahawa beliau tidak akan menghadiri ucapan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada sesi bersama Kongres.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
Netanyahu tolak gencatan senjata kekal sehingga Hamas dihapuskan sepenuhnya
Kenyataan itu menimbulkan keraguan kepada cadangan gencatan senjata Israel yang disuarakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jumaat.
EU kecam Israel langgar keputusan ICJ
Joseph Borrell mengecam keras Israel yang bertindak meneruskan serangan ketenteraan di selatan Gaza melanggar keputusan ICJ.
Dunia protes, kutuk, kecam serangan Israel ke atas Rafah
Beberapa negara dan pertubuhan global mengutuk serangan udara Israel ke atas tapak perkhemahan Rafah tempat pelindungan rakyat Palestin.
'Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tragis' - Netanyahu
Netanyahu berkata serangan itu tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian terhadap orang awam dan perkara itu akan disiasat.
Iktiraf Palestin, umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Netanyahu berkata, tindakan Ireland, Norway dan Sepanyol mengiktiraf Palestin tidak akan menghalang Israel memenangi perang di Gaza.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.