awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM, Kabinet, Ketua Institusi perlu isytihar harta - Akhbar Satar

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2018
07:52 MYT
PM, Kabinet, Ketua Institusi perlu isytihar harta - Akhbar Satar
Datuk Akhbar Satar turut mencadangkan supaya proses tersebut turut dilakukan pasangan masing-masing dan ahli keluarga terdekat. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri, anggota Kabinet serta ketua-ketua institusi dan jabatan disaran supaya mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ketelusan dan akauntibiliti.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar turut mencadangkan supaya proses tersebut turut dilakukan pasangan masing-masing dan ahli keluarga terdekat.
Ujarnya, Ketua Pesuruhjaya SPRM pula hendaklah mengisytiharkan harta kepada Parlimen selain menjadikannya akses terbuka secara atas talian.
"Pengisytiharan harta ini juga bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan. Amalan seperti ini juga boleh mengelakkan tuduhan palsu dan meningkatkan kepercayaan orang ramai.
"Ia juga boleh meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Institusi Politik dan Perkhidmatan Awam serta mengelakkan tuduhan palsu. Di samping itu juga ia sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi isu pertelingkahan kepentingan dan liabiliti.
"Pengisytiharkan harta secara online tidak membawa apa apa bahaya seperti dakwaan pihak pihak tertentu, memandangkan 10 senarai orang terkaya di Malaysia yang nama mereka disiarkan setiap tahun di media juga tidak mengalami sebarang masalah," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Pada ketika ini, anggota Kabinet mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, manakala ketua di kementerian dan jabatan termasuk Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan anggota tertinggi di dalam Perkhidmatan Awam mengisytiharkan harta mereka kepada Ketua Setiausaha Negara.
Tambahnya, pengisytiharan harta kepada SPRM hendaklah dilakukan sebelum dan selepas memegang sesuatu jawatan dengan analisis nilai bersih dilakukan secara berkala seperti setahun sekali.
Ujarnya, SPRM mempunyai pakar perakaunan forensik dan penyiasat yang boleh meneliti dan memeriksa aset yang diisytiharkan serta mengambil tindakan selanjutnya kepada mereka yang gagal mematuhinya.
Di Filipina, Philippine Centre for Investigative Journalism telah meletakkan pengisytiharan harta Ahli Kongres dan Ahli Kabinet serta pasangan masing masing secara online (atas talian).
Di Thailand, National Counter Corruption Commission menggezetkan pengisytiharan harta pegawai kanan Kerajaan dan pasangan masing masing.
Topic Berkaitan
#akauntibiliti
#corruption
#Datuk Akhbar Satar
#isytihar harta
#kabinet
#ketelusan
#menteri
#Perdana Menteri
#presiden
#Rasuah
#SPRM
#TI-M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan