awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ke-10: Presiden Turkiye telefon, ucap tahniah kepada Anwar

Bernama
Bernama
24/11/2022
16:25 MYT
PM ke-10: Presiden Turkiye telefon, ucap tahniah kepada Anwar
Panggilan daripada Erdogan itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri. - Gambar fail/ AP
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah kepadanya, beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.
Panggilan itu diterima sejurus sebelum Anwar memulakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri.
Dalam perbualan telefon yang berlangsung selama kira-kira 10 minit, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.
"Saya tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan anda," katanya kepada Erdogan.
[LAPOR LANGSUNG] Pasca PRU15: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara
Anwar memberitahu sidang media bahawa terdahulu beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Indonesia Joko Widodo yang menyampaikan ucapan tahniah, dan ucapan sama turut diterima daripada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Anwar, 75, hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM 10
#Anwar Ibrahim
#Turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan