awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM lancar Kempen Pembudayaan Norma Baharu pagi ini

Bernama
Bernama
08/08/2020
00:59 MYT
PM lancar Kempen Pembudayaan Norma Baharu pagi ini
Kempen berkenaan adalah inisiatif kerajaan untuk membudayakan norma baharu dalam kehidupan masyarakat. - Gambar fail
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, pagi ini.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri juga dijangka melancarkan Buku Pembudayaan Norma Baharu Komuniti yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Kempen berkenaan adalah inisiatif kerajaan untuk membudayakan norma baharu dalam kehidupan masyarakat kerana ia penting memandangkan rakyat dilihat sudah mulai alpa dengan amalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sejak negara berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19.
Kelalaian itu telah menyebabkan kes baharu positif COVID-19 masih lagi berlaku dalam negara dan berterusan hingga ke hari ini.
Dijangka hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Buku
#COVID-19
#kebiasaan baharu
#kelaziman baharu
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#norma baharu
#operasi
#pandemik
#Pembudayaan Norma Baharu
#Perdana Menteri
#PM
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan