KUALA LUMPUR: Meraikan semangat Keluarga Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pas Keluarga Malaysia pada Isnin untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Menurutnya, pas perjalanan itu membolehkan setiap keluarga warga Malaysia seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Menariknya, ia dijual pada kadar berpatutan dengan harga RM15 dan akan mula dijual pada 1 Disember ini.
"Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.
"Inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.
"Mereka juga boleh mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pas Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur Sentral pada Isnin.
Tambah Ismail Sabri, beliau percaya kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan ketersambungan adalah penting bagi mobilisasi Keluarga Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut memuji pendekatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengambil beberapa inisiatif bagi membantu para usahawan kecil di sekitar Lembah Klang.
"Saya juga sukacita mengumumkan bahawa Prasarana, menerusi anak syarikatnya Prasarana Integrated Development Sdn Bhd atau PRIDE akan menawarkan “Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana” mulai bulan Mac 2022.
"Menerusi pakej ini, sejumlah 20 lot perniagaan, bersaiz antara lapan puluh hingga ke empat ratus kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot.
"Ia melibatkan stesen Laluan Kelana Jaya iaitu stesen Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18," ujarnya.
Tambah beliau, pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan.
"Perincian dan permohonan untuk “Pakej Transit” akan diwar-warkan oleh PRIDE dalam masa terdekat.
"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan pengusaha industri kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian dan memperkasakan ekonomi setempat agar dapat melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia," katanya.
Ridauddin Daud
Mon Nov 22 2021

Ismail Sabri menunjukkan Pas Keluarga Malaysia yang baharu dilancarkan beliau di KL Sentral pada Isnin. - Foto BERNAMA

Kerajaan terus sokong usaha pemangkin pertumbuhan baharu Johor - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan terus menyokong usaha memastikan infrastruktur dan kemudahan berada pada tahap tertinggi demi memperkukuh keyakinan pelabur serta kejayaan menyeluruh JS-SEZ.

Suri rumah, rakan didakwa rompak barang kemas ibu mentua
Seorang suri rumah yang kononnya disamun empat lelaki bertopeng yang memecah masuk rumahnya di Felda Chini Timur 1, Pekan Mac lalu dan seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada

Himpunan Melayu Berdaulat diteruskan dengan kawalan polis
Himpunan Melayu Berdaulat yang dijadual berlangsung pada Sabtu di ibu negara diteruskan dengan pasukan polis bertindak sebagai pemudah cara.

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan peruntukan RM200,000.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

PM lancar Pas Keluarga Malaysia, RM15 untuk perjalanan satu hari tanpa had
Pas perjalanan itu membolehkan setiap keluarga warga Malaysia seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.