awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Lee, isteri bakal terima darjah kebesaran negeri Johor

Bernama
Bernama
05/05/2022
14:22 MYT
PM Lee, isteri bakal terima darjah kebesaran negeri Johor
Lee bakal dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ). - Gambar/ Bernama
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching bakal dianugerahkan darjah kebesaran utama negeri Johor daripada Sultan Ibrahim Iskandar dalam satu majlis di Johor pada Jumaat (6 Mei), lapor The Straits Times.
Memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), menurut laporan itu Lee dan Ho akan melawat Johor bagi menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Istana Besar di Johor Bahru.
Lee bakal dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ).
Sebelum ini bekas perdana menteri Lee Kuan Yew dan bekas menteri undang-undang E. W. Barker pernah menerima anugerah sama pada 1984 diikuti bekas perdana menteri Goh Chok Tong pada 1991.
Sementara itu, Ho menjadi warga Singapura pertama dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ).
Lee dan isteri akan diiringi Menteri Hal Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang K. Shanmugam, dan pegawai PMO dan kementerian Luar, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi dan Penerangan.
Sultan Ibrahim juga akan meraikan Lee dan Ho dalam jamuan tengah hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Singapura
#Lee Hsien Loong
#pingat kebesaran
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan