Skip to main content

Malaysia

PM Anwar santuni warga Parlimen dalam majlis berbuka puasa

KUALA LUMPUR, 24 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membaca doa sebelum berbuka puasa pada Majlis Berbuka Puasa Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar membaca doa sebelum berbuka puasa pada Majlis Berbuka Puasa Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga dan petugas Parlimen Malaysia di Dewan Banquet Parlimen.

Anwar tiba sekitar 6.30 petang dan disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul serta Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Advertisement

Selain itu, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, barisan Menteri Kabinet, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bertemakan “Islah MADANI: Memurni Jiwa, Membangun Ummah”, majlis itu dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Fauwaz Fadzil, sebelum beliau memimpin bacaan doa pada 7.25 malam.

Perdana Menteri bersama hadirin kemudian berbuka puasa sebaik azan Maghrib berkumandang pada 7.29 malam.

Selepas itu Anwar dan hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Perdana Menteri turut mengambil peluang beramah mesra dengan tetamu dan petugas Parlimen.

Must Watch Video