Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini (24/02/2026)

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Februari 2026.

  1. Exco Terengganu mengaku tidak bersalah guna kedudukan untuk kepentingan keluarga

    Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada 2018 dan 2020.

     

  2. Perjanjian Perdagangan Malaysia-AS masih tertangguh - PM Anwar

    Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih belum berkuat kuasa kerana tertakluk kepada proses ratifikasi mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

     

  3. Jenazah arwah anak Amyza Aznan selamat dikebumi, suasana sebak iringi pengebumian

    Jenazah anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail telah selamat dikebumikan pada pukul 10.40 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor, hari ini.

     

  4. Keluarga Altantuya mohon kebenaran rayu ke Mahkamah Persekutuan

    Keluarga model warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu yang dibunuh, memfailkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman sivil mereka.

     

  5. Kes Zahid Hamidi: Belum ada keputusan, AGC tidak bantah permohonan

    Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, belum menetapkan sebarang keputusan berhubung permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepas dan dibebaskan daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

     

  6. Terus tangguh kenaikan tol tertakluk kepada keputusan Kabinet - Alexander

    Sebarang keputusan mengenai tempoh kerajaan boleh terus menanggung dan menangguhkan kenaikan kadar tol lebuh raya perlu dibuat oleh Kabinet, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

     

  7. FAM sahkan batal tiga kejohanan kebangsaan

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pembatalan penganjuran tiga kejohanan futsal dan bola sepak pantai peringkat kebangsaan musim ini selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penyelarasan kalendar pertandingan.

     

  8. Malaysia pertahan peta 1979, tolak tuntutan maritim termasuk China - Mohamad Hasan

    Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas untuk terus mempertahankan kedaulatan wilayah negara dengan berpaksikan Peta Baharu Malaysia 1979 dan tidak mengiktiraf sebarang tuntutan maritim oleh pihak luar yang bertentangan dengannya termasuk oleh China.

     

  9. SPRM sangkal dakwaan wujud 'mafia korporat', sifatkan cubaan cemar kredibiliti siasatan

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mengaitkan kewujudan "Mafia Korporat" dengan suruhanjaya itu serta menyifatkan ia sebagai cubaan mencemarkan kredibiliti siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak tertentu dalam sektor korporat.

     

  10. AKPS, Kastam perlu gabungkan fasiliti perkukuh penguatkuasaan e-waste - Azam Baki

    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia perlu menggabungkan segala fasiliti dan peralatan sedia ada bagi memaksimumkan keberkesanan penggunaan teknologi dalam menangani lambakan kontena sisa elektronik (e-waste) dan plastik di negara ini, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Advertisement

Must Watch Video