Skip to main content

Malaysia

PM mahu aspek penyampaian, komunikasi kerajaan diperkukuh

Petang tadi saya mempengerusikan mesyuarat berkala bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan bagi meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan. -- FB Anwar Ibrahim
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan petang semalam. - Foto Facebook Anwar
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aspek penyampaian dan komunikasi kerajaan terus diperkukuh.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap dasar, usaha dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat difahami serta dirasai manfaatnya oleh rakyat.

“Perkara itu antara yang ditekankan sewaktu (saya) mempengerusikan Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan petang tadi.

“Mesyuarat berkala ini bertujuan meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement