awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM mahu punca pencemaran Sungai Batu Ferringhi disiasat segera

Bernama
Bernama
07/02/2014
23:20 MYT
PM mahu punca pencemaran Sungai Batu Ferringhi disiasat segera
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mengambil tindakan segera menyiasat punca berlakunya pencemaran di Sungai Batu Feringghi, Pulau Pinang baru-baru ini.
Najib juga berharap semua pihak terutamanya agensi berkaitan bekerjasama untuk memastikan kejadian pencemaran itu tidak berulang.
"Berhubung isu pencemaran di Sungai Batu Feringghi baru-baru ini, saya telah mengarahkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar agar mengambil tindakan segera mencari punca berlakunya pencemaran ini.
"Pada masa yang sama, saya mengharapkan kerjasama semua pihak, terutamanya agensi-agensi berkaitan untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.
Ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Isnin lepas mendapati ia mempunyai elemen bakteria e-coli (Escherichia coli) berikutan laporan media mengenai sebahagian air laut di pantai di situ bertukar hitam.
Indah Water Konsortium (IWK) pada Jumaat sekali lagi menafikan pencemaran itu berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK di kawasan itu.
Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi IWK Shahrul Nizam Sulaiman berkata pihaknya sentiasa memantau operasi loji berkenaan dan air kumbahan yang dilepaskan mengikut piawaian ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Topic Berkaitan
#Batu Feringghi
#IWK
#najib
#pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan