awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM menghadap Agong untuk Mesyuarat Pra-Kabinet melalui sidang video

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/06/2021
03:32 MYT
PM menghadap Agong untuk Mesyuarat Pra-Kabinet melalui sidang video
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet, pada Rabu. -Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet, pada Rabu.
Melalui hantaran Facebook, Istana Negara memaklumkan sesi yang berlangsung selama satu jam itu diadakan menerusi sidang video di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial
Jelas Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri dalam urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.
Titah Seri Paduka, Parlimen yang berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.
Titah itu sebaik sahaja selesai Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Facebook
#Pahang
#Kuantan
#Perdana Menteri
#Parlimen
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan