Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat kunjungan ke tiga keluarga penghuni Flat Desa Pandan, di sini.

Selepas berucap merasmikan program Jom Bantu Rakyat di Desa Pandan, Titiwangsa, Perdana Menteri membuat keputusan untuk melawat rumah penduduk.

Selain mengunjungi rumah penduduk, Najib turut merasmikan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di kawasan itu yang bakal memberikan semangat kepada para pelajar di semua peringkat.

"Sebanyak 21 PI1M di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur sudah beroperasi, sejak rancangan peluasan PI1M ke kawasan bandar dengan tumpuan kepada kawasan berpendapatan rendah dimulakan pada 2013 lalu.

"Dengan adanya PI1M Desa Pandan, ia bakal memberi mangat yang cukup berguna kepada para pelajar di semua peringkat dan akses kepada kemudahan tersebut boleh dinikmati dengan hanya menunjukkan kada pelajar mereka”, katanya ketika pada sidang media di sini.

PI1M ialah sebuah program di bawah Inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM ) sejak 2008.

Sehingga kini, terdapat 758 PI1M telah beroperasi di seluruh negara.