Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 iaitu pelan pembangunan hala tuju ekonomi pulau bebas cukai Labuan.
Pelan pembangunan yang direka khas untuk metransformasikan landskap ekonomi secara total Labuan itu menggariskan kepada tiga fokus utama iaitu pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal.
Najib berkata pelan pembangunan yang menggariskan pelbagai projek pembangunan meliputi pembangunan persisiran pantai sehinggalah pembangunan fizikal kawasan bandar itu akan melihat kepada perubahan ekonomi Labuan.
"Usaha untuk mempelbagaikan sumber ekonomi pulau ini perlulah direncanakan, kalau tidak, Labuan tidak mungkin dapat mara ke hadapan setanding dengan tempat-tempat lain.
"Kita berhutang kepada warga Labuan ini, kerana antaranya, Labuan merupakan kubu kuat kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya pada pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 itu yang dihadiri lebih 15 ribu warga Labuan.
Katanya antara projek berimpak tinggi yang dimasukkan dalam rangka tindakan pembangunan itu adalah cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah melalui Menumbok.
"Walaupun ada orang kata, kalau kita lihat dari segi kos pembinaannya mungkin tidak begitu berdaya maju, tetapi kerajaan tidak melihat kepada kadar pulangan sahaja, tetapi kita mahu melihat pembangunan secara keseluruhannya, kerana kita tidak boleh menganggarkan jumlah sesuatu," katanya.
Najib berkata sekiranya jambatan ini menjadi pemangkin kepada perubahan pembangunan ekonomi Labuan, kerajaan persekutuan tidak melihat halangan untuk meluluskan pembinaannya.
"Sekiranya jambatan ini boleh merancakkan kegiatan ekonomi, membolehkan penduduk mempunyai akses mudah ke tanah besar Sabah dan begitu juga dari tanah besar mudah ke pulau ini, dan jambatan ini boleh menggalakkan pelaburan, maka berbaloilah kita membina jambatan ini," katanya.
Beliau berkata sebaik sahaja Kajian Kebolehlaksanaan Tekno-Ekonomi cadangan pembinaan jambatan itu siap, dan kerajaan BN terus memerintah selepas Pilihan raya Umum Ke-14, adalah tidak mustahil jambatan berkenaan diteruskan pembinaannya.
"Mudah-mudahan keputusan pada hari tertentu (PRU14) nanti, merupakan keputusan yang menyebelahi kerajaan yang ada pada hari ini, Insya-Allah kita semua akan kembali di sini untuk melancarkan pembinaan jambatan Labuan yang sememangnya dekat di hati warga Labuan," katanya.
Najib berkata adalah menjadi harapan beliau rangka tindakan pembangunan Labuan itu akan mengenal pasti projek-projek yang boleh menyumbang kepada kadar pertumbuhan pulau ini dan memberi keselesaan rakyat Labuan.
"Saya difahamkan akan ada taman tema di Tg Purun dan pembangunan semula berhadapan antai yang menyaksikan kepada pembangunan 'Esplanade Labuan'.
"Selain itu, saya juga difahamkan akan ada pembinaan kedai-kedai yang menjual barang berjenama antarabangsa yang kita yakin akan menggalakkan sektor pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani plak Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ketika melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 di Dataran Labuan hari ini. - Foto Bernama
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.