awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib, netizen ucap takziah atas pemergian Iron Lady

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
04/10/2017
11:52 MYT
PM Najib, netizen ucap takziah atas pemergian Iron Lady
Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang menjadi idola ramai kaum hawa tidak kira usia. - Astro AWANI
Berita pemergian Allahyarham Datuk Maznah Hamid yang mengehembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), di sini pada sekitar jam 6 petang tadi mengejutkan ramai pihak.
Datuk Maznah atau digelar Iron Lady sememangnya disegani kerana jasa dan baktinya dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, keusahawanan, keselamatan, sosial dan politik.
Untuk itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan perasaan duka cita dan salam takziah menerusi saluran media sosial.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Maznah Hamid yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu petang.
"Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid tokoh wanita, kehilangan besar buat kita & juga keluarga saya. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah."
Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid tokoh wanita, kehilangan besar buat kita & juga keluarga saya. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 4, 2017
Sementara itu, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishamuddin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi akaun Twitternya.
Innalillahiwainnailayhiraji'un. Sedih dengar berita pemergian Allahyarhamah DW Maznah Hamid. Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman. Al Fatihah.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) October 4, 2017
Al Fatihah. Mendapat berita sedih Datuk Wira Maznah Hamid meninggal dunia. Semoga ruhnya ditempatkan di syurga yang penuh ni'mat Allah SWT.
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) October 4, 2017
Pemergian ‘Iron Lady’ mendapat pelbagai reaksi daripada seluruh lapisan masyarakat menerusi laman sosial Twitter.
لوإر Al-Fatihah, Datuk Maznah Hamid. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT pic.twitter.com/5lE6LpzU2g
— mas ermieyati (@emysamsudin) October 4, 2017
Allahummaghfirlaha warhamha wafiha wauanha. Antara tokoh yg disegani dlm bidang logistik & sekuriti. Humble & tegas. Al Fatihah https://t.co/SMYtQZibnY
— #AnakMalaysia (@PapaQQs) October 4, 2017
salam takziah untuk keluarga arwah. wanita hebat Al-Fatihah https://t.co/LD5qvOzbop
— maaaaaami. (@nrhshldzm) October 4, 2017
Innalillah..may Allah bless her beautiful soul https://t.co/bBCIloWk5O
— adibahhh(@adibah_hassan) October 4, 2017Allahu Rabbi, baru dpt berita yg Datuk Wira Maznah Hamid baru meninggal. One and only Iron Lady yg sgt dikagumi. Sedihnya dgr. My idols. /p>— Jenny Ishak (@jennyishak) October 4, 2017
Allahyarham Datuk Maznah Hamid mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan pada tahun 1980 dengan hanya bermodalkan RM5,000.
Kerajinannya yang luar biasa untuk memajukan Securiforce terbukti semasa menguruskan operasi syarikat dengan turun padang untuk mengutip hutang, menjadi peronda dan pengawal keselamatan.
Selepas 37 tahun, Securiforce kini mempunyai 60 cawangan dengan lebih 4,000 anggota dan 600 kenderaan keselamatan moden.
Topic Berkaitan
#Datuk Maznah Hamid
#Datuk Seri Najib
#Iron Lday
#Perdana Menteri
#securiforce
#takziah
#wanita besi wanita waja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan