Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memperkenalkan wajah baharu yang lebih menarik, informatif dan mesra pengguna bagi laman web NajibRazak.com.
Beliau berkata peralihan kepada wajah baharu itu adalah bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) dan segala pencapaiannya.
Menerusi entri terbaharu blog NajibRazak.com malam ini, perdana menteri berkata laman web itu membolehkan beliau dan rakyat terus kekal berhubung dan menjadi satu lagi cara untuk beliau berkongsi aktiviti dan penulisan dengan mereka.
Di ruangan "Pencapaian", Najib berkata orang ramai boleh mengikuti sendiri pelbagai kejayaan yang telah dicapai bersama termasuk janji-janji kerajaan BN yang telah ditepati meliputi pelbagai bidang seperti perumahan, pengangkutan awam, kos sara hidup dan sebagainya.
"Selain itu, terdapat juga ruangan 'Rakyat Didahulukan' yang mencerminkan perjalanan transformasi negara yang berjaya menambah baik kualiti hidup rakyat serta pengiktirafan antarabangsa yang diterima sejak 2009.
"Dalam ruangan tersebut juga disediakan kisah pengalaman rakyat yang telah menerima manfaat daripada usaha dan inisiatif kerajaan," kata beliau.
Sejajar dengan satu daripada prinsip pentadbiran beliau iaitu "Global", Najib berkata orang ramai berpeluang meneliti hubungan diplomatik Malaysia dengan dunia luar termasuk kuasa-kuasa besar global di ruangan 'Hubungan Antarabangsa'.
Menerusinya, mereka boleh melihat bagaimana hubungan baik yang dijalinkan itu berjaya memanfaatkan negara dari segi ekonomi, kemajuan serantau dan keselamatan, kata perdana menteri.
"Insya-Allah, saya juga akan terus berkongsi pandangan saya dengan anda semua melalui penulisan blog dari masa ke masa. Anda boleh membaca catatan-catatan saya yang terdahulu di ruangan 'Blog' yang telah dikemas kini.
"Saya jemput anda semua untuk melihat sendiri wajah baru laman web saya di www.najibrazak.com, dan saya berharap dengan ini kita akan terus kekal berhubung!" kata Najib. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 21 2017
Datuk Seri Najib berkata peralihan kepada wajah baharu itu adalah bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat mengenai kerajaan BN dan segala pencapaiannya.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Najib perkenal wajah baharu blog NajibRazak.com
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperkenalkan wajah baharu blognya yang lebih menarik, informatif dan mesra pengguna.