Kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan projek pembangunan berimpak tinggi berteraskan rakyat yang mampu melonjakkan lagi sosioekonomi penduduk luar bandar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia termasuk menarik pelabur asing yang melihat potensi besar dalam projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan projek Loji Rawatan Air Ganchong di sini, bernilai RM255.1 juta yang merupakan projek kerajaan Persekutuan, kepada kerajaan negeri Pahang.
“Projek yang berimpak tinggi ini lah menyakinkan pihak pelabur terutama sekali di Taman Otomotif Pekan dan akan datang melibatkan kawasan Tanjung Agas untuk melabur menambahkan pelaburan sedia ada.
“Dan ini sudah tentu menguntungkan kita di sini dan saya berharap ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan kita untuk menentukan kadar pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang ini terus berada dan sampai ketahap yang boleh dikatakan tahap yang boleh membawa kepada perubahan atau pun transformasi yang besar kepada negeri Pahang,” katanya ketika berucap merasmikan Loji Rawatan Air Ganchong di Pekan.
Turut hadir adalah Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Soffi Abd Razak, Adun Pulau Manis, Datuk Khairddin Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John.
Loji Rawatan Air Ganchong merupakan projek Infrarakyat di bawah rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan sebanyak RM255.1 juta yang mampu membekalkan 80 juta liter air terawat setiap hari.
Tambahnya, hasil pelaksanaan projek LRA Ganchong itu, beliau optimis ia mampu melonjakkan pertumbuhan KDNK sehingga 1.5 peratus setahun bagi negeri Pahang.
Pembinaannya dimulakan pada Mac 2014 dengan matlamat untuk memastikan bekalan air terawat berterusan dapat dibekalkan demi manfaat 80,000 pengguna domestik, pengusaha perniagaan dan pelabur di Pekan.
Sebelum ini, penduduk di kawasan sekitar bergantung kepada Loji Rawatan Peramu yang hanya berkeupayaan mengeluarkan 44 juta liter air terawat setiap hari, sedangkan permintaan air dijangka semakin meningkat dari semasa ke semasa dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Astro Awani
Sat Apr 22 2017
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan projek Loji Rawatan Air Ganchong di sini, bernilai RM255.1 juta yang merupakan projek kerajaan Persekutuan, kepada kerajaan negeri Pahang.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

PM Najib serah loji air Ganchong kepada kerajaan Pahang
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan projek Loji Rawatan Air Ganchong di sini, bernilai RM255.1 juta kepada kepada kerajaan negeri Pahang.