awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib tepati janji bawa pulang rakyat Malaysia dari Korea Utara

Bernama
Bernama
31/03/2017
00:01 MYT
PM Najib tepati janji bawa pulang rakyat Malaysia dari Korea Utara
Imej dari rakaman video sewaktu ketibaan rakyat Malaysia dari Korea Utara, di Kompleks Bunga Raya, KLIA awal pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Datuk Seri Najib telah menunaikan janjinya untuk membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang meninggalkan Pyongyang, Korea Utara, sejak 7 Mac lepas.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pada awal episod malang ini, perdana menteri telah berjanji kepada kakitangan kedutaan dan ahli keluarga masing-masing yang bimbang dengan keselamatan mereka.
Katanya, Najib juga berjanji bahawa kerajaan Malaysia akan melakukan apa sahaja yang sebaik mungkin untuk membawa mereka kembali dan akan menggunakan setiap sumber dan usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.
"Perdana Menteri terlibat secara langsung dan mengikuti setiap langkah secara dekat dalam proses rundingan sehingga membawa kepada pelepasan sembilan rakyat Malaysia.
"Hari ini, janji ini telah dipenuhi," katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan sembilan rakyat Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Alhamdulillah, kesemua 9 rakyat Malaysia dari Pyongyang telah selamat tiba ke tanah air #Negaraku. Syukur. pic.twitter.com/Ba1SkPgA0Q
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 30, 2017
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Korea Utara
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
#Pyongyang
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan