awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib ucap tahniah kejayaan 11 subjek IPT tersenarai QS World Rankings

Bernama
Bernama
10/03/2017
15:54 MYT
PM Najib ucap tahniah kejayaan 11 subjek IPT tersenarai QS World Rankings
PM NAJIB: "Taraf pendidikan tinggi kita makin meningkat naik, 11 subjek kini dalam 50 teratas di peringkat dunia!" - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada institusi pendidikan tinggi yang berjaya meningkatkan kedudukan 11 subjek ke kelompok 50 teratas dunia dalam senarai 'QS World University Rankings by Subject 2017'.
"Taraf pendidikan tinggi kita makin meningkat naik, 11 subjek kini dalam 50 teratas di peringkat dunia! Tahniah dan teruskan #SoaringUpwards!," kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter @NajibRazak, malam ini.
Pada Rabu lepas, senarai terbaharu 'QS World University Rankings by Subject 2017' yang dikeluarkan menunjukkan 11 subjek itu ialah lima dari Universiti Malaya (UM), empat subjek dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan masing-masing satu subjek dari Universiti Taylor dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Taraf pendidikan tinggi kita makin meningkat naik, 11 subjek kini dalam 50 teratas di peringkat dunia! Tahniah dan teruskan #SoaringUpwards! pic.twitter.com/vnOeRvx5AX
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 10, 2017
Subjek Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari UM berada di kedudukan ke-23, iaitu kedudukan paling baik antara kesemua 11 subjek yang tersenarai.
Subjek lain yang turut tersenarai ialah Pengajian Pembangunan (26), Kejuruteraan Mekanikal (33), Kejuruteraan Kimia (38) dan Pendidikan (41) dari UM.
Sementara subjek dari USM ialah Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan (32), Mineral dan Galian (35), Kejuruteraan Kimia (38) dan Sains Alam Sekitar(49); dan masing-masing subjek Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan(29) dari Universiti Taylor serta Pengajian Agama, Teologi dan Diviniti (46) dari UIAM. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan