awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM pinta sedikit masa lagi untuk JAKIM perhalusi SOP solat berjemaah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/05/2020
06:58 MYT
PM pinta sedikit masa lagi untuk JAKIM perhalusi SOP solat berjemaah
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) untuk kebenaran bersolat jemaah di masjid dan surau. - Gambar hiasan
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) untuk kebenaran bersolat jemaah di masjid dan surau.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selepas SOP itu dimuktamadkan, ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan.
Selepas selesai mendapat perkenan itu, jelas beliau lagi, barulah Kerajaan Persekutuan akan mengumumkan kebenaran itu kepada rakyat Malaysia.
“Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, solat terawih dan solat lima waktu. InsyaAllah, kita doakan keadaan akan bertambah baik. Tambahan pula telah banyak kawasan-kawasan hijau di seluruh negara.
“Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid-masjid di kawasan ini telah bersedia untuk dibuka kepada ahli-ahli kariah. Berikan sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP yang berkaitan.
“InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat kita dengan lebih sempurna dan syiar Islam akan bersinar semula,” katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga turut memperhalusi SOP untuk rumah-rumah ibadat bagi penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain, dan kebenaran itu akan turut diumumkan selepas selesai dimuktamadkan.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Islam
#JAKIM
#Malaysia
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PM
#rakyat
#rakyat Malaysia
#SOP
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan