PM puji tindakan pantas bomba kawal kebakaran di Kampung Bellamy

Anwar berkata semangat juang tinggi anggota bomba mencerminkan komitmen mereka dalam menjaga keselamatan rakyat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana berjaya mengawal kebakaran di Kampung Bellamy di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memuji kecekapan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam mengawal kebakaran di Kampung Bellamy, menunjukkan komitmen mereka terhadap keselamatan rakyat.
- Tiga rumah setinggan, dua kontena sejuk beku, dan dua kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Bellamy, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
- Tindakan pantas pasukan bomba disanjung kerana berjaya meredakan kebakaran dengan cekap, melindungi nyawa dan harta benda penduduk.
Terdahulu, media melaporkan tiga rumah setinggan, dua kontena sejuk beku dan dua kenderaan musnah dalam kebakaran berhampiran kawasan perkuburan Nirvana, Jalan Kwangyi, Kampung Bellamy di sini, kira-kira 7.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang kehilangan nyawa hasil tindakan pantas pasukan bomba.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


