awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM secara prinsip setuju tubuh tabung amanah negeri - Abang Jo

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2022
10:06 MYT
PM secara prinsip setuju tubuh tabung amanah negeri - Abang Jo
Jelas Abang Johari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsipnya bersetuju supaya pembangunan di Sarawak daripada dana Persekutuan dilihat semula. - Bernama
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsipnya bersetuju dengan penubuhan tabung amanah negeri yang dicadangkannya.
Jelas Abang Johari tabung amanah berkenaan dicadangkan ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan khusus bagi mengawal selia dana serta projek Kerajaan Persekutuan yang diluluskan untuk Sarawak.
Beliau berkata pendekatan baharu itu telah dibincangkan bersama Anwar yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan dalam satu perjumpaan semalam.
"Saya berbincang dengan Perdana Menteri supaya satu pendekatan baharu diwujudkan dalam pentadbiran (melibatkan) pusat dan negeri.
"Beliau telah bersetuju pada prinsipnya supaya pembangunan di Sarawak yang mempunyai dana daripada Persekutuan akan dilihat semula," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Dewan Persatuan Badminton Sarawak dan Kejohanan Piala Abang Jo 2022 hari ini.
Tambah Abang Johari sebagai contoh, peruntukan dana pembangunan RM4.6 bilion bagi Sarawak dalam Belanjawan 2022 akan diletakkan di bawah tabung amanah berkenaan.
Rangka kerja bagi penubuhan tabung itu akan ditentukan oleh jawatankuasa di antara Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Anwar Ibrahim
#tabung amanah negeri
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan