KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh masyarakat supaya memberi tumpuan untuk meningkatkan mutu pendidikan dengan mengutamakan kekuatan nilai dan akhlak yang baik.
Beliau berkata dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.
"Tidak kurang pentingnya maksud dan matlamat pendidikan itu yang ditekankan Menteri Pendidikan sekarang adalah supaya kembali kepada agama.
"Yang kita mahu tingkatkan itu adalah manusia dengan keyakinan, nilai dan akhlak, kerana percubaan di banyak negara sangat berhasil memupukkan nilai dalam pendidikan," katanya ketika berucap selepas menonton pementasan teater "Cikgu Anda" di sini malam tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan juga mahu penguasaan bahasa kebangsaan dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
"Kita juga perlu berusaha untuk meningkatkan disiplin ilmu supaya dapat berlumba dan bersaing (seiring dengan negara lain)," katanya sambil menambah tumpuan itu harus menjadi satu gerakan dan bukannya tertumpu kepada seorang tokoh sahaja.
Terdahulu, beliau menyaksikan pementasan teater berjudul "Cikgu Anda" yang diinspirasikan berkaitan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan.
"Cikgu Anda" diadaptasikan ke pentas untuk mengangkat nama Yayasan Anda Akademik (YAA) iaitu institusi pendidikan swasta yang diasaskan sekumpulan siswazah universiti tempatan dan dipelopori Anwar pada Mac 1971.
Ia juga bertujuan menceritakan perjuangan yayasan berkenaan yang membantu keciciran pelajar terutamanya pelajar luar bandar serta kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi.
Naskhah teater itu merupakan terbitan Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (PAYAAM) dengan kerjasama Persatuan Melodi Kenangan Artis dan Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR).
Menerusi kata aluan dalam buku program persembahan itu, Anwar menzahirkan penghargaan kepada semua pasukan penerbitan teater itu kerana dapat mengangkat naskhah berhubung sejarah penubuhan YAA untuk dipertonton kepada masyarakat.
Beliau berkata YAA diwujudkan atas kesedaran pemimpin belia dan mahasiswa daripada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Teknologi Kebangsaan yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia, Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai serta Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai.
"Sebagai satu institusi yang mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri maka semua ativiti digemblengkan ke arah melahirkan seorang insan yang akademis dan bertaqwa.
"Sesuai dengan moto penubuhannya yang berusaha memberi pendidikan di segenap lapisan masyarakat terutama dalam kalangan mereka berpendapatan rendah, maka sudah pasti YAA bertindak dengan mengenakan yuran pengajian paling minimum tetapi mutu pendidikan disediakan sudah teruji keberkesanannya," katanya.
Teater yang berdurasi sejam setengah itu adalah idea asal Pengerusi PAYAAM Datuk Dr Suhaimi Ibrahim dengan menampilkan barisan pelakon lama dan baharu antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Hairi Safwan, Abon, Najua P Ramlee, Sarah Fazny dan Eira Sabariah.
"Cikgu Anda" mengetengahkan sekumpulan pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta kurang berkemampuan namun nekad menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di YAA yang antaranya diasaskan oleh Cikgu Anwar yang merupakan tenaga pengajar yayasan itu.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Anwar menyampaikan ucapan selepas pementasan Teater 'Cikgu Anda' di sebuah hotel, di Kuala Lumpur, 10 Jun 2023. --fotoBERNAMA

Pakar ekonomi khuatir Indonesia mungkin terperangkap dengan hutang China
Yusuf mendakwa, Indonesia terpaksa patuh kepada kehendak China bagi memastikan projek Kereta Cepat Jakarta-Bandung siap sepenuhnya.

Isu beras: KKD, KPDN sedia kerjasama tangkis berita palsu
KKD sedia bekerjasama dengan KPDN bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan.

'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.

Pemancing udang dikhuatiri lemas di Sungai Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut.
Analisis pasca ucapan PM di pentas PBB
Analisis Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof Madya Dr Sufian Jusoh pasca kenyataan negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNGA ke-78.
Gelanggang PRK DUN Pelangai sidah bermula
Lintas langsung bersama wartawan Hasimi Muhamad, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pelangai, berkaitan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
PM Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.
AS dan China penting untuk kestabilan ekonomi ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat.
Malaysia sedia berunding berkenaan peta standard China 2023
Perdana Menteri berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya dari China Li Qiang serta Menteri Luar Wang Yi, dan Malaysia bersedia untuk mengadakan rundingan berhubung isu yang menimbulkan perbalahan susulan dakwaan China.
Sifat terbuka, bukti kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

MAIWP perlu jadi contoh pemerkasaan asnaf dalam pendidikan - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata ini kerana dengan pendidikan mampu mengubah nasib keluarga golongan itu sekali gus bebas daripada belenggu kemiskinan.

Peluang pekerjaan, pendidikan mampu pacu ekonomi negara - Amirudin
Tumpuan terhadap peluang pekerjaan berkualiti, pendidikan dan perubahan iklim akan membantu memacu ekonomi Malaysia ke hadapan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Modal insan tidak boleh dibina berasaskan paradigma materialisme - Penganalisis ekonomi
Modal insan yang amat diperlukan untuk menggerakkan ekonomi tidak boleh dibina berasaskan kepada fahaman pendidikan sebagai penentu nilai pendapatan.

Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.

Pelan Pembangunan Pendidikan catat kejayaan selepas sedekad pelaksanaan - KPM
Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan, tetapi ia dapat diatasi dengan keazaman yang tinggi dan inovasi yang mampan.

Jawatan pembantu guru perlu diwujudkan dalam masa terdekat - Anuar Ahmad
Cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru perlu dilaksanakan kerajaan dalam masa terdekat bagi mengurangkan beban tugas pendidik di negara ini.

TH lancar pelan integriti, tandatangani ikrar bebas rasuah
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Pelan Integriti TH 2023-2027 bagi memperkukuhkan tadbir urus korporat serta meningkatkan nilai integriti dan profesionalisme dalam kalangan warganya.

Penguasaan asas lemah, punca minat terhadap sains dan matematik merosot
Asas yang tidak kuat menyebabkan ramai murid menganggap mata pelajaran berkenaan susah sekali gus mengikis minat mereka.

Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.

Lebih baik perkasa asrama harian dari bina sekolah khas untuk pelajar miskin - Pakar
Tidak wajar asingkan pelajar ikut kemampuan atau sosioekonomi kerana akan menimbulkan pelabelan dan stigma.