awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Singapura ucap selamat hari lahir kepada Tun M

Bernama
Bernama
10/07/2019
03:01 MYT
PM Singapura ucap selamat hari lahir kepada Tun M
Lee Hsien Loong turut berkongsi foto beliau dan isteri, Ho Ching bersama Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang dirakamkan di Singapura tahun 2018. - Gambar Facebook Lee Hsien Loong
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan selamat hari lahir ke-94 kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"My best wishes to him on his birthday. (Saya doakan yang terbaik buatnya pada hari jadi beliau)," kata Lee dalam hantaran Facebooknya.
Hantaran itu turut memuatkan sekeping gambar beliau dan isteri Ho Ching bersama-sama Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika pasangan itu melawat Singapura sempena Sidang Kemuncak ASEAN tahun lepas.
"We named an orchid, the Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, in their honour. (Kami menamakan bunga orkid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, sebagai penghormatan kepada mereka)," kata Lee menerusi kapsyen pada foto itu.
Lee juga menyatakan beliau mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya ke perarakan Hari Kebangsaan republik itu bulan hadapan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#hari lahir
#Lee Hsien Loong
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Singapura
#TunM94
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan