Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak akan menemui pemimpin akar umbi parti itu dari seluruh Perlis Isnin ini.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, kedatangan Perdana Menteri yang julung kali bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan 2020 bermula 4 petang.
"Kekuatan UMNO bermula dari akar umbi dan UMNO adalah satu-satunya parti yang sentiasa membela rakyat, bukan sekadar berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya seperti kebanyakan parti.
"Oleh itu saya menjemput seluruh rakyat Perlis datang ke Dewan 2020 esok untuk menemui dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri," kata Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada golongan sasar selepas menunaikan solat tarawih bersama mereka di Dewan Warisan di sini, malam tadi.
Mengenai bantuan tersebut beliau berkata ia merupakan program tahunan setiap Ramadan untuk membantu golongan sasar seperti tukang gunting rambut, bidan, tukang urut, pemandu teksi, penggali kubur dan golongan miskin.
Peniaga kecil yang gigih berniaga pada bulan Ramadan turut dibantu kerana usaha kecil mereka turut merancakkan ekonomi rakyat. Sumbangan daging dan ayam pula akan diberikan menjelang Syawal, tambahnya.
Shahidan berkata penerima turut diberi tazkirah untuk memantapkan jiwa mereka supaya lebih bersemangat menunaikan ibadat dan mencari rezeki.
Seramai 1,000 orang menerima sumbangan malam tadi di tiga lokasi iaitu di pusat khidmat Kubang Gajah dan Masjid Tambun Tulang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2017
Shahidan (kanan) menyampaikan sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di Dewan Warisan di Kangar malam tadi. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Manfaat belanjawan, pertumbuhan ekonomi perlu sampai ke akar umbi - PM
Anwar berkata, kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.
FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024
Skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 buat julung kalinya.
Polis Indonesia digesa teruskan pengawasan terhadap JI susulan pengumuman pembubaran
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.
PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.
[KOLUMNIS] Semarak Kampus MADANI perkasa hubungan KPT, IPT
LANDSKAP pendidikan di Malaysia mencatat satu lagi fenomena dengan kejayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
UMNO perlu kerap turun padang beri penjelasan - Anwar
Anwar berkata hubungan parti-parti di dalam PH dengan UMNO adalah amat baik pada masa ini.