awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini

Bernama
Bernama
11/10/2023
02:40 MYT
PM Thailand adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini
Srettha turut dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia bermula 11 hingga 12 Oktober dan lawatan ini merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada 5 September.
Kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memaklumkan, semasa lawatan itu, Srettha dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu (11 Okt).
Pada hari yang sama, Srettha turut dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua-dua pemimpin dijangka akan menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama di dalam bidang perdagangan, pelaburan dan keselamatan sempadan, serta meneroka bidang-bidang kerjasama baharu seperti keselamatan siber, ekonomi digital dan ekonomi hijau.
"Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
"Kementerian Luar Negeri yakin lawatan kerja itu akan memperkukuh lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara kedua buah negara yang juga merupakan jiran rapat dan rakan kongsi dalam ASEAN,"menurut kenyataan itu.
Pada tahun 2022, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion (US$27.75 bilion), peningkatan sebanyak 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (US$23.54) pada tahun 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Srettha Thavisin
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#lawatan rasmi
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan