SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak mahu menjadikan Malaysia sebagai musuh negara kuasa besar apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia terbuka untuk berunding berhubung tuntutan bertindih China di Laut China Selatan.
Pakar Hubungan Antarabangsa, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, justeru itu tidak sepatutnya timbul persepsi bahawa kenyataan Anwar itu tidak bertanggungjawab dan menggadai maruah serta kedaulatan negara.
“Bagi saya Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan itu kerana tidak mahu Malaysia jadi musuh negara kuasa besar seperti China. Ini kerana isu perairan Laut China Selatan sehingga kini masih menjadi pertikaian dengan China termasuk membabitkan kawasan Kepulauan Spratly.
“Sekiranya pertikaian ini terus berlanjutan ia tidak akan mencapai apa-apa kesudahan jadi Perdana Menteri melihat lebih elok diadakan rundingan supaya dapat wujudkan situasi menang-menang antara Malaysia dan China,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Ahad pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahmad Marthada menegaskan, pada pandangan beliau, meja perundingan adalah satu kaedah yang terbaik kerana dalam masa yang sama, Malaysia boleh mengutarakan tuntutan negara serta boleh menjaga hubungan baik dengan negara China.
“Kalau kita berterusan cuba memperjuangkan pertikaian ini seperti dengan membawanya ke mahkamah antarabangsa, ia tidak akan dapat mencapai satu persetujuan atau penyelesaian secara keseluruhan kerana China juga sudah pasti tidak berpuas hati kerana mereka juga menuntut pulau tersebut dan mereka juga menyatakan bahawa mereka ada hak ke atasnya.
“Kita juga perlu ingat bahawa bukan hanya Malaysia yang menuntut pulau terbabit bahkan Vietnam, Indonesia, Singapura juga menuntut. Jadi banyak negara yang bertelagah tentang Kepulauan Spratly dan kawasan di Laut China Selatan ini,” tegasnya.
Seakan mahu Malaysia wujudkan ketegangan serantau
Sementara itu, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keterbukaan kerajaan untuk berunding mengenai tuntutan bertindih di Laut China Selatan seakan mahu Malaysia wujudkan ketegangan serantau.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung berkata, sikap kesediaan Malaysia untuk berunding melambangkan prinsip dalam menjamin ASEAN kekal sebagai zon bebas dan berkecuali.
“Ini juga disebut oleh Muhyiddin sendiri sewaktu jadi PM. Beliau berkata segala pertikaian di Laut China Selatan perlu ditangani secara aman dan konstruktif.
“Jadi adakah kenyataan Muhyiddin bercadang kita harus mewujudkan ketegangan serantau sehingga menjejaskan keselamatan, kestabilan dan keamanan negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023
Anwar dan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang (belakang, dua, kanan) menyaksikan pertukaran MoU baru-baru ini. --fotoBERNAMA. Gambar kecil, dari kiri, Chean Chung dan Ahmad Marthada.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.