awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
14/08/2015
10:15 MYT
PM umum penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik
NAJIB: Terdapat keperluan mendesak untuk mengawal selia pembiayaan politik
Perdana Menteri hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelan tersebut penting dalam menangani isu pembiayaan politik, khususnya pada masa ini tidak terdapat peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu salah atau tidak meskipun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya.
"Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan demi mewujudkan amalan politik yang sihat.
"Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada agenda Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) untuk mewujudkan tadbir urus dan mekasime check and balance," ujarnya dalam satu sidang media khas di pejabatnya di sini.
JKNMPP akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan dan Senator Datuk Seri Idris Jala sebagai Timbalan Pengerusi.
Jawatankuasa itu akan menghasilkan pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambah baikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun dan seterusnya dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
JKNMPP rangka pelan pembiayaan politik berintegriti
Najib berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga khusus bagi menentukan konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak.
"Pelan itu yang akan menangani isu pembiayaan politik adalah penting walaupun perkara itu pernah dibangkitkan oleh saya sendiri dengan beberapa pihak lain sejak 2009, namun ia tidak mendapat sambutan."
Katanya, pelan tersebut akan meningkatkan keyakinan kepada anggota-anggota parti politik malah rakyat dan generasi akan datang.
"JKNMPP akan menimbang semua aspek peraturan pembiayaan politik termasuk perubahan institusi, pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan baharu.
"JKNMPP akan menjadi penasihat kepada kerajaan dalam hal pembiayaan politik berintegriti," kata Najib lagi.
Beliau menambah, proses konsultatif akan berdasarkan amalan terbaik serantau dan sedunia..
Institut Integriti Malaysia (IIM) akan bertindak sebagai Pusat Rujukan dan Rundingcara dengan bantuan sekretariat, dan peruntukan disediakan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) JPM.
JKNMPP akan dianggotai wakil parti-parti politik, tokoh masyarakat, ahli akademik, pemikir, agensi-agensi kerajaan berkaitan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan termasuk generasi muda.
Topic Berkaitan
#Idris Jala
#JKNMPP
#Najib Razak
#Paul Low
#pembiayaan politik
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan