Skip to main content

Malaysia

Sukan Komanwel: PM ucap tahniah kepada Amir Daniel cipta sejarah judo Malaysia

GLASGOW, 1 Ogos -- Atlet judo lelaki negara Amir Daniel Abdul Majeed bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam kategori 81 kilogram lelaki di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scottish Event Campus (SEC) hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA    GLASGOW, Aug 1 -- National men's judo athlete Amir Daniel Abdul Majeed posing with the gold medal he won in the men's 81kg category at the Glasgow 2026 Commonwealth Games at the Scottish Event Campus (SEC) today.  --fotoBERNAMA (2026)
Amir Daniel muncul juara kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet judo negara Amir Daniel Abdul Majeed yang menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara berkenaan di temasya Sukan Komanwel.

“Saudara membuktikan bahawa usaha, disiplin dan semangat juang mampu mencipta sejarah. Kita semua bangga,” kata beliau menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Amir Daniel muncul juara kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Atlet Daniel, yang menduduki ranking ke-117 dunia, menewaskan atlet di tangga ke-41 iaitu Timothy Meuwsen dari Afrika Selatan pada aksi final sekali gus menghadiahkan pingat emas kelapan buat kontinjen negara di Glasgow.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement