awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM yakin MBM akan terus bekerjasama dengan kerajaan

Bernama
Bernama
23/07/2021
22:48 MYT
PM yakin MBM akan terus bekerjasama dengan kerajaan
Muhyiddin berkata, sejak penubuhannya, MBM telah memainkan peranan penting membantu dan membawa suara belia untuk perhatian kerajaan. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membantu membawa suara generasi muda dari peringkat akar umbi.
Beliau berkata perkara itu penting bagi memastikan suara golongan itu didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan.
"Sebagai golongan yang termasuk dalam senarai yang diberikan tumpuan oleh kerajaan khususnya ketika pandemik COVID-19, belia tentunya memerlukan perantara atau orang tengah yang boleh menjadi penyambung suara mereka di pelbagai peringkat.
"Sudah pasti, MBM selaku organisasi yang mewakili suara orang muda boleh dan telah memainkan peranannya dalam aspek ini," katanya yang turut mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-73 MBM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya di sini semalam.
Katanya sejak penubuhan, MBM selaku organisasi yang menaungi golongan belia telah memainkan peranan penting membantu dan membawa suara belia untuk perhatian kerajaan.
Ditubuhkan sejak tahun 1948, MBM ialah sebuah NGO yang bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#MBM
#majlis belia malaysia
#Belia
#generasi muda
#pandemik
#COVID-19
#NGO
#pelajar
#perantara
#orang tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan