KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Perdana Menteri berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat.
"Bermula dengan ketidakstabilan dan simpang-siur politik yang berpanjangan, penularan serta hentakan pandemik COVID-19 dan kelesuan ekonomi silih berganti telah meletakkan negara dalam ketidaktentuan dan kegawatan.
"Namun Tuanku telah menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sempurna melalui sifat-sifat yang merakyat serta istiqamah menyelami denyut nadi rakyat jelata dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus diutamakan dalam apa jua keadaan," katanya.
Anwar berkata demikian dalam Sembah Ucapan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di sini malam ini.
Anwar berkata tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah juga mencatatkan satu lembaran sejarah baharu dengan negara dan jentera pentadbiran kerajaan diuji seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali sehingga memerlukan pengemudian cekap selain pengorbanan semua pihak melangkaui amalan biasa.
Beliau berkata kewujudan konsep Raja Berperlembagaan dan peranannya dalam sistem demokrasi bercorak Westminster ternyata melonjak peri pentingnya terutama dalam merungkai mehnah dan kemelut politik yang berpanjangan di masa lalu.
"Ini dapat kita saksikan kebijaksanaan Tuanku dalam kemelut pertukaran Mamanda Perdana Menteri sebanyak tiga kali sehingga pilihan raya baharu diadakan pada penghujung November 2022 yang akhirnya menunjukkan bahawa tidak ada satu parti politik pun yang memperoleh majoriti yang cukup untuk mendirikan kerajaan.
"Tuanku, seperti yang terpamer pada ketika itu, akhirnya menitahkan agar sebuah kerajaan yang stabil dan kuat ditubuhkan yang merangkumi semua kaum, semua negeri dan wilayah di negara ini sebagai jalan memecah kebuntuan politik.
"As they say, the rest is history dan detik ini menandakan betapa sistem Raja Berperlembagaan telah menjadi keutamaan yang tepat dalam menjawab kemelut politik," katanya.
Anwar turut menzahirkan penghargaan atas cetusan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang telah berjaya mempertaut permuafakatan dan memungkinkan kestabilan serta kedudukan politik negara.
"Berbekalkan kepercayaan ini dan keprihatinan terhadap rakyat tambah memperkuat iltizam patik bersama Jemaah Menteri dalam memastikan negara ditadbir dengan baik demi mengangkat darjat negara serta tahap kesejahteraan rakyat.
"Insya-Allah, kerajaan bertekad untuk terus berusaha dan berbakti dengan sepenuh jiwa raga demi rakyat dan negara tercinta," kata Perdana Menteri.
Selain itu, beliau berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap keadaan ekonomi negara menyuntik semangat memperkasa komitmen kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif, kukuh serta mampan.
"Hasilnya, Malaysia telah mencapai kedudukan ke-29 dalam aspek Kecekapan Kerajaan seperti yang terpamer dalam Daya Saing Dunia 2023," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Anwar berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat. - Gambar Bernama
Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly
Kerjasama sektor awam dan swasta dapat bantu atasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.
Delegasi Hamas ke Mesir, teruskan rundingan gencatan senjata
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh sahkan delegasi akan ke Mesir, untuk meneruskan rundingan gencatan senjata dengan Israel
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Laporan UNDP mendedahkan proses pembinaan semula infrastruktur yang musnah di Gaza akan mengambil masa beberapa dekad
Pelajar Colombia sifatkan NYPD kejam, kecewa dan ngeri
Pelajar Universiti Columbia dan penyokong pro-Palestin meneruskan protes dan berarak di luar pintu masuk Universiti Columbia di tengah-tengah kekejaman yang berterusan di Gaza.
Ia susulan malam berikutnya, polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
Ia susulan malam berikutnya, polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
Profesor dan pelajar universiti Colombia desak kampus dibuka semula
Profesor & kumpulan pelajar di Universiti Colombia desak kampus dibuka semula selepas protes pro Palestin menyebabkan pengurusan menutup universiti
Protes tidak akan ubah dasar AS ke atas Israel - Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata bahawa kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang mesti dihormati dalam protes di kampus kolej berhubung perang di Gaza.
Sambil berkata meskipun protes seluruh universiti diadakan sekalipun, ia tidak memaksanya untuk mempertimbangkan semula dasar-dasarnya di Timur Tengah.
Sambil berkata meskipun protes seluruh universiti diadakan sekalipun, ia tidak memaksanya untuk mempertimbangkan semula dasar-dasarnya di Timur Tengah.
Kehadiran jentera kempen PRK KKB bukti kesepaduan Kerajaan Perpaduan - Zambry
Kehadiran dan komitmen jentera parti Kerajaan Perpaduan pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu jelas membuktikan keutuhan kerajaan.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Peruntukan RM60 juta baiki jalan diluluskan hasil turun padang - MB Johor
Aktiviti turun padang sangat penting untuk memastikan realiti permasalahan sama seperti yang dilaporkan, selain untuk merasai denyut nadi rakyat.