awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM zahir perasaan terharu bertemu anak mangsa nahas Lebuhraya DUKE

Dagang News
Dagang News
10/12/2021
22:34 MYT
PM zahir perasaan terharu bertemu anak mangsa nahas Lebuhraya DUKE
Perdana Menteri turut mendoakan remaja itu sentiasa sihat dan di bawah lindungan dan rahmatNya. - Foto Instragram/Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan perasaan terharu selepas bertemu dengan anak kepada mangsa nahas nahas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), kira-kira enam tahun lalu.
Beliau berkongsi video pertemuannya dengan Nur Firuza Amira yang kini berusia 13 tahun, anak sulung kepada pasangan, Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, yang telah meninggal dunia dalam tragedi itu.
Perdana Menteri turut mendoakan remaja itu sentiasa sihat dan di bawah lindungan dan rahmatNya.
"Perasaan terharu, namun bercampur gembira apabila bertemu Amira.
"Kalau kalian semua masih ingat, Amira menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya terlibat dalam nahas di Lebuhraya DUKE pada 2015.
"Amira, juga anak angkat saya, kini telah pun berusia 13 tahun. Ketika peristiwa itu berlaku, Amira baru sahaja berusia tujuh tahun.
"Atuk Syang Amira," katanya menerusi laman Instagram rasminya.
View this post on Instagram
A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)
Tragedi mengorbankan pasangan terbabit termasuk anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, pada Mei 2015 itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila nahas itu didakwa berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu lain.
Sejak kematian pasangan itu, Amira dan adiknya, Nur Firuza Aqila, kini dijaga oleh ibu saudara mereka yang juga kakak kepada arwah bapa mereka, Yusnida Hussain.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Nahas
#Nur Firuza Amira
#lebuhraya Duke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan