awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar

Bernama
Bernama
27/05/2023
14:02 MYT
PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar
Perdana Menteri berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara selain mengundang rasa pilu rakyat Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan simpati atas kehilangan wira negara Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub yang meninggal dunia pada 19 Mei lepas sewaktu mendaki puncak tertinggi di dunia Gunung Everest.
Anwar menerusi ciapan di akaun Twitter berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara selain mengundang rasa pilu rakyat Malaysia.
"Saya sempat ketemu saudara Awang (Askandar) di Parlimen sebelum keberangkatannya ke Everest dan ternyata sikap serta semangat yang ditonjolkan amat mengujakan.
"Saya dan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman selain kaum keluarganya diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menempuhi ujian ini," katanya.
Awang Askandar, 56, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, dilaporkan terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut sebelum disahkan meninggal dunia ketika hendak diberikan rawatan di Kem 4.
Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar, Sabah pada 5.20 petang tadi.
Saya sempat ketemu saudara Awang di Parlimen sebelum keberangkatannya ke Everest dan ternyata sikap serta semangat yang ditonjolkan amat mengujakan. pic.twitter.com/DDQJO9VwkB
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 27, 2023
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Awang Askandar Ampuan Yaacub
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#zahir simpati
#wira negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan