KUCHING:Satu syarikat Perunding Pengurusan Projek (PMC) akan dilantik tidak lama lagi sebagai satu pendekatan untuk mempercepatkan projek Lebuhraya Pan Borneo di sebelah Sarawak yang tertangguh berikutan pandemik COVID-19 dan pertukaran kerajaan, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini.
Beliau berkata PMC akan membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk memantau projek itu, selain daripada melakukan proses penentusahan dan lain-lain tugas berkaitan yang mampu mempercepatkan pelaksanaan projek lebuh raya sepanjang 786.41km, melibatkan 12 pakej kerja yang setakat ini siap kira-kira 51 peratus.
"Diharap (pengumuman pelantikan itu) menjelang Januari tahun depan. Ia (pelantikan) masih belum lagi diputuskan. Kami masih menunggu MOF (Kementerian Kewangan ) untuk memutuskannya," kata beliau selepas menghadiri satu perjumpaan dengan editor media Sarawak di sini.
Menurut beliau, rancangan melantik PMC telah diberikan justifikasi kerana JKR Sarawak tidak akan terdaya untuk mengendalikan beban kerja yang perlu diselesaikan mereka untuk projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Beliau berharap pelantikan itu akan mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan dan mencapai 70 peratus siap menjelang akhir tahun hadapan.
Sementara itu Fadilah berkata Kementerian Kerja Raya sedang bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggalakkan guna pakai konsep Model Maklumat Bangunan (BIM) dalam menghasilkan pelan bangunan.
Walaupun terdapat hasrat untuk mewajibkan konsep BIM digunakan dalam penghantaran pelan bangunan di masa hadapan, beliau berkata ia akan mengambil masa kerana bilangan arkitek yang benar-benar layak masih belum mencukupi.
Apa yang kami lakukan sekarang di Sarawak, kami bekerjasama rapat dengan Swinburne University of Technology di sini bersama CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) untuk mewujudkan sebuah pusat BIM (di universiti itu). Sebuah lagi di CIDB Sarawak, ibu pejabat CIDB dan beberapa tempat lain untuk melatih golongan profesional dan mereka yang berminat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Fadillah berkata PMC akan membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk memantau projek itu, selain daripada melakukan proses penentusahan dan lain-lain tugas berkaitan.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.
PMC akan dilantik untuk percepatkan projek Pan Borneo - Fadillah
Satu syarikat Perunding Pengurusan Projek (PMC) akan dilantik tidak lama lagi sebagai satu pendekatan untuk mempercepatkan projek Lebuhraya Pan Borneo di sebelah Sarawak.