SEREMBAN : Perikatan Nasional (PN) sebenarnya bimbang hubungan baik yang terjalin antara Pakatan Harapan(PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan akan membantutkan usaha mereka mengambil alih kerajaan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, PN akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
"Itu perkara biasa dalam politik. Memang mereka tak mahu tengok kita berbaik kerana apabila kita baik, maka kita kuat dan mereka (PN) tiada peluang untuk mengambil alih kerajaan.
"Sudah tentu pihak lawan akan memecahkan kita. Itu sudah dapat dijangkakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat Seremban di dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini, pada Isnin.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, sudah tentunya PN tidak mahu melihat kerjasama antara PH dan BN ini berpanjangan kerana ia akan merugikan mereka dari segi politik.
Ini kerana katanya, kerjasama erat antara gabungan parti itu telah dapat memperkukuhkan kestabilan politik negara.
"Jadi bila politik stabil kita dapat tadbir negara dengan baik, maka sudah tentu rakyat akan sokong.
"Sudah tentu mereka pembangkang akan rasa rugi. Kalau kerajaan dan rakyat suka, sudah tentu dalam pilihan raya negeri nanti mereka akan ditolak," katanya.
Ditanya sama ada kerjasama dengan BN memberi kelebihan kepada DAP untuk meraih undi orang Melayu, beliau berkata, tidak melihat ia sebagai satu kelebihan sebaliknya sebagai bukti kepada semangat Kerajaan Perpaduan yang telah berjaya dibentuk.
Beliau berkata, ia juga bukan dilihat sebagai keuntungan politik tetapi kestabilan politik yang stabil dan harmoni.
"Di Negeri Sembilan misalnya kita tidak ada banyak sangat masalah dan saya rasa hubungan baik itu dah terjalin sebelum kita bentuk Kerajaan Perpaduan lagi.
"Bila Kerajaan Perpaduan dibentuk dan di Negeri Sembilan boleh dikatakan agak biasa untuk kita teruskan kerjasama ini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 17 2023
Perikatan Nasional bimbang hubungan baik yang terjalin antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam Kerajaan Perpaduan akan membantutkan usaha mereka mengambil alih kerajaan, kata Anthony Loke. - Gambar fail BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
PN beri maklum balas positif beberapa inisiatif Belanjawan 2025
PN memberikan maklum balas positif terhadap beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas.
[KOLUMNIS] MoU Peruntukan Pembangkang: Demi kebaikan dan kematangan ahli politik
Cerita mengenai MoU ini sudah berbulan-bulan kedengaran tetapi penamatnya bagaimana?