KUALA LUMPUR: Tindakan tiga Ahli Parlimen PKR yang keluar parti, dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), membuktikan gabungan itu didukung individu yang mempunyai pelbagai masalah.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kumpulan individu berkenaan dilihat hanya ingin menyelamatkan diri sendiri, bukannya ikhlas untuk mengukuhkan PN.
Akibat daripada tindakan pemimpin-pemimpin politik berkenaan, jelasnya lagi, akhirnya akan menyebabkan gabungan parti politik pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terbeban dengan masalah kumpulan individu berkenaan.
“Sebabnya tidak perlu saya huraikan. Semua orang tahu betapa berupayanya BN memerintah. Tetapi apabila rakyat membuat keputusan, mereka mempunyai pelbagai dimensi dan pertimbangan.
“PN sekarang menjadi perikatan dengan dukungan pelbagai individu bermasalah. Percayalah, mereka ini hanya ingin menyelamatkan diri mereka dan bukan PN. PN akan terbeban dengan masalah semua individu ini akhirnya,” katanya melalui catatan di Facebook beliau hari ini.
Justeru, Mohamed Khaled berkata, ia adalah satu keputusan yang tepat untuk Barisan Nasional (BN) menjauhkan diri daripada PN, kerana BN mempunyai aspirasi untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya.
BACA: Xavier pernah dakwa 'menteri kanan' paksa sokong PN, atau berdepan tindakan - Saifuddin Nasution
Bekas Menteri Besar Johor itu berkata demikian, dipercayai merujuk kepada tindakan tiga pemimpin kanan PKR yang bertindak melepaskan jawatan, serta keluar parti, iaitu Larry Sng Wei Shien (Julau), Steven Choon Shiau Yoon, dan terbaharu Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat).
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, PN seolah-olah ditubuhkan tanpa ideologi dan kejelasan perjuangan, malah tidak menjadi lebih baik dari sewaktu diperintah oleh Pakatan Harapan.
Semua itu, katanya lagi, adalah ramuan untuk kegagalan yang pasti.
“Perikatan Nasional menerima sokongan tiga Ahli Parlimen PKR baru-baru ini. Demikianlah strategi mereka untuk mengukuhkan PN. Namun yakinlah, semua itu akhirnya hanyalah strategi untuk menunda kejatuhan PN, bukan memperkasakan PN.
"Tiada pergerakan politik yang dibina dengan pendekatan tidak bermoral sebegini akan mampu bertahan. Semua pergerakan politik hanya akan kukuh dan berkelangsungan dengan kerja keras dan keyakinan pada nilai yang diperjuangkan,” katanya lagi.
Biarpun PN berusaha untuk memanjangkan hayatnya, Mohamed Khaled berkata, mereka akhirnya akan kembali kepada rakyat juga untuk menentukan masa depan.
Dan penilaian rakyat, tambahnya lagi, pastinya adalah pada wibawa dan harga diri pemimpin yang akan mewakili mereka.
Firdaus Azil
Sun Mar 14 2021
Kumpulan individu berkenaan, dakwa Mohamed Khaled, dilihat hanya ingin menyelamatkan diri sendiri, bukannya ikhlas untuk mengukuhkan PN. - Gambar fail
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.