awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNM sasar 3.3 juta penggunaan buku digital tahun ini

Bernama
Bernama
01/02/2017
00:04 MYT
PNM sasar 3.3 juta penggunaan buku digital tahun ini
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyasarkan penggunaan perkhidmatan buku digitalnya meningkat kepada 3.3 juta pada tahun ini. - Gambar fail
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyasarkan penggunaan perkhidmatan buku digitalnya meningkat kepada 3.3 juta pada tahun ini, berbanding 3.1 juta tahun lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Nafisah Ahmad berkata ia berikutan promosi besar-besaran dijalankan agensi berkenaan sejak tiga minggu lepas di seluruh negara bagi memaklumkan kepada orang ramai berhubung kemudahan disediakan PNM.
"Terdapat lebih tujuh juta sumber maklumat dalam talian yang merangkumi bahan bacaan untuk semua golongan pembaca merangkumi kanak-kanak, remaja, dewasa dan kalangan profesional.
"Setakat ini, kesemua tujuh juta sumber maklumat itu habis dilanggan pengguna dalam talian berdaftar dengan PNM dan masih ada permintaan daripada pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan buku-buku berkenaan," katanya.
BACA: PNM laksana empat inisiatif dalam pelan transformasi
BACA: 49 juta orang berkunjung ke perpustakaan di seluruh negara tahun lepas
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Menyantuni Mangsa Banjir Kelantan 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.
Hadir sama Pengurus Maklumat, Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita (InfoLibNews) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Hasnita Ibrahim, Pengerusi Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Kumpulan Timur Rugayah Ali dan Guru Besar SK Kedai Tanjong Abd Alim Ali Amat.
Nafisah berkata orang ramai yang berminat untuk membaca buku digital dalam talian boleh mendaftar sebagai anggota PNM tanpa dikenakan sebarang bayaran di www.pnmdigital.com.my.
"Keanggotaan sebagai ahli PNM adalah secara percuma dan mana-mana anggota berdaftar boleh melakukan akses secara percuma terhadap buku-buku digital yang terdapat di PNM," katanya.
Lebih 1,000 buku bernilai lebih RM3,000 turut diserahkan kepada SK Kedai Tanjong pada program berkenaan hasil sumbangan BERNAMA, PNM, Perpustakaan Kuala Lumpur, Pusat Sumber Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Majlis Buku Negara, Kota Buku dan Yayasan Bank Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#digital
#PNM
#transformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan